Sunday, October 25, 2009

alamak banyaknya sawang kat blog aku....

Harini aku baru rasa free sikit coz bebudak sedang menghadapi exam...tapi tahun 6 ni bila la depa nak sedar...kul 11 exam Agama Islam tapi belagak x tgk bukupun...depa dah hafal semua kut..atau memang trend budak sekarang exam atau tidak sama je..mak ayah yang beria2 nak anak score lebih...Anak-anak kat rmhpun aku bantai...x blh main n swimming. Ciankan...kita dulu mak ayah x kisahpun..hasilnya jd juga orang. TAPI zaman sekarang jgn dibiarkan...takut x jd

Thursday, September 17, 2009

Ucapan selamat Hari Raya Aidil fitri




Bersempena dengan hadirnya 1 Syawal yang di nanti... aku sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada mak abah di kampung, yong,nyah,uda,dik ida,dek heri,dik mimi sekeluarga,wan ,apit n wanie. Tak lupa keluarga sebelah suami mek zaharah,kak nor,kak ros,dik yumi n dik wan azimah sekeluarga, sanak saudara kawan-kawan jauh dan dekat,lama dan baru serta anak-anak didik yang mengenali.....semoga hari raya tahun ini lebih meriah daripada tahun-tahun sebelumnya.

Tuesday, September 15, 2009

inilah menu best that day...


Moga tahun hadapan aku dapat menyediakannya lagi.... selamat panjang umur utk insan-insan tersayang.
tak dapat potong kek..potong pulut kuningpun jadilah...

menu istimewa utk hubby


Inilah hasilnya air tangan seorang isteri...sanggup berkorban utk tersayang... pulut kuning penguat semangat...

khilaf bicara

Tersentak aku ....tingginya nada suara temanku ini...alahai tersalah angaplah pula. rasanya betul pandanganku tadi...betulkan dik connie...kata hatiku...biarkan temanmu ini meluahkan rasa terkilannya ....jika dilayan putus urat leher agaknya... aku...biasalah. malas nak berjawab...akhirnya maaf jua yang dipohon daripadaku... x mengapalah aku x rugi apapun....

Monday, September 14, 2009

happy birth day hubby...

14 september datang lagi..aku dan anak-anak meraikan hari ulang tahun kelahiran hubby tersayang...Walaupun penat berpuasa... aku dapat juga menyediakan menu special untuk hubby. Si kecil bertanya ngapa tak de kek...aku kata org dewasa tak suke kek...aku sediakan pulut kuning...je....nak berbuka sempat juga aku menyuapkan sekepal pulut tanda sayangnya aku pada hubby...Moga anak-anak juga akan menuriti jejak kami yang buat masa ni tak saling melupakan hari-hari istimewa antara kami sekeluarga....MOGA TUHAN MERESTUI CINTA KAMI HINGGA AKHIR HAYAT.

Friday, August 28, 2009

cuti dalam ramadhan

Assalamualaikum,

Bertemu lagi kita dalam alam maya ...alhamdulillah pejam celik pejam celik bertemu kita dengan ramadhan 2009...tak sedar usia menganjak diri...ilmu dan amal entah bila akan menggunung menjadi insan muslimah sejati...apapun aku bersyukur ..Tuhan telah mengurniakan segalanya kepadaku...walau tidakpunya segunung harta..aku punya segala keindahan dambaan hawa...anak2,suami,keluarga dan rakan2 yang mengerti.

Gembiranya menyambut cuti bersama ramadhan..paling tidak aku dapat melatih puteri bongsuku berpuasa...syukur dalam usia 6 tahun puteriku dapat menahan lapar dan dahaganya setanding abang2nya...Letihnya aku melayan kerenah anak2 berpuasa...nak makan ini ..nak makan itu..Bila kukenang entah ada lagi Ramadhan untukku...aku dengan rela hati menyediakan selera anak2...Aduhai walaupun bercuti...aku tetap bekerja demi keluarga tersayang.

Dlam tak sedar seminggu ramadhan berlalu...tugas terhadap anak bangsa tetap menanti . insya Allah akan kutabur keyakinan anak didikku menghadapi UPSR yang bakal menjelang...

Semoga kalian berjaya dengan cemerlang. selamat berpuasa.

Tuesday, July 28, 2009

TERUSKAN KEHIDUPAN DEMI ORANG YANG KITA SAYANG

Bersilih ganti cerita suka dan duka teman-teman sekeliling. Aku kekadang termenung...hinggakan habitku ini menjadi usikan sis miss....secara kasar dapat ku agak rakan-rakan ku ini hepi dan enjoy sentiasa. Tak seperti aku.. hidupku..pagi petang siang malam berulit anak-anak tersayang...mana masa enjoyku...dah rasa masa singlekan...bila nak bershopping...fikir anak2 yang lima orang...aduhai...tabahlah...Bersyukurlah apa yang ada. Teringat aku kata si x...seronoklah kat kl ...semua ada . Ya telah ku akui...memang jika kita

pandai menghargai prasarana dan mengisi waktu dengan sebaiknya....tetapi tidak si Y... apalah ertinya jika hatinya jauh di sana....mengimbau zaman sepermainannya...teman..walau di mana kita berada,langitnya tetap kita junjung... Berilah peluang permata hati yang baru mengenal dunia mengharunginya dengan kasih sayang kita yang tidak berbelah bagi....Apapun untuk teman-temanku yang sanggup berkongsi duka dan gembira,mudah-mudahan kita berjaya mewariskan anak-anak yang menyanjung agama bangsa dan negara...

Wednesday, July 15, 2009

With my hubby


Apa-apa aje


Nak cita apa ye? hari ini aku adala jugak masa free. ingat nak siapkan assignment yang bertimbun.....tapi member aku yang canggih IT ni ajar merapu di blog..... Abih kekawan kat sek minat dengan idea yang kami x sangka2 ni....
Jadi cikgu x mudah yang disangka....tepekik telolong ....biasalah...any way aku dah tau la sikit2. harap aku enjoy dengan minat baru ni....thank u...lela.

Blog aku

Aku baru menceburi dunia blogging, sila beri tunjuk ajar

Testing

Welcome ti fiza world